Kelas Asas ICT (Apa itu Internet?)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 5 Oktober 219, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu pengenalan kepada internet kepada peserta yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas pada kali ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta dan diadakan di bilik latihan pusat internet Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang definisi internet dan fungsi nya di dalam membantu menghubungkan data dari satu komputer ke komputer yang lain (rangkaian jaringan).

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu internet dan contoh enjin carian yang biasa digunakan oleh pengguna. Peserta juga didedahkan tentang kelebihan teknologi dengan penggunaan internet, pengguna dapat berhubung antara satu sama lain menggunakan pelbagai jenis media sosial. Pada akhir kelas ini, peserta diminta menggunakan mana-mana enjin carian yang popular digunakan masa kini dan mencari gambar yang kemudiannya disimpan ke Microsoft word. Peserta dipastikan memahami cara menyimpan gambar yang dicari pada desktop untuk memudahkan tugasan. Peserta juga diajar cara mencetak gambar menggunakan Ms Word.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali